Wednesday, May 20, 2015
Peras Menonggeng!! Duduk KFC seminggu Kerana Putus Cinta!
Bila kita putus cinta macam-macam cara yang kita lakukan untuk melupakan bekas kekasih kita. Ada yang sampai akal letak dekat lutut ambil jalan singkat dengan bunuh diri. Hurmmm itu memang tak ada akal.
Tapi lain pulak cara si wanita yang bernama Tan Shen ini. Tan Shen sebenarnya ada pangsapuri sendiri tetapi dia tinggal bersama-sama dengan kekasihnya. Selepas putus cinta, dia tak nak balik ke rumah tersebut sebab rumah tu penuh dengan kenangan dia dengan bekas kekasihnya.
Tan Shen yang berumur 26 tahun ni telah membuat keputusan tinggal di restoran makanan segera KFC yang berada di Chengdu, China untuk tinggal disana siap saji makan selama seminggu. Tan Shen berkata ” “Saya hanya bersiar-siar di sekitar tempat ini, lalu saya berhenti dekat KFC berhampiran stesen. Saya tidak merancang tinggal di sini dalam masa yang panjang. Saya hanya ingin makan kepak ayam,”
Nasib baik lah pekerja KFC disitu semua faham perasaan sedih Tan Shen dan biarkan dia lepak dekat situ tanpa suruh dia tinggalkan restoran tersebut. Bukan sahaja pekerja KFC yang bersimpati dengan dia malah pelanggan KFC yang lain pun layan Tan Shen dengan baik.
Sampai masa Tan Shen pun meninggalkan KFC tersebut, mungkin hati dia sudah boleh menerima hakikat ditinggalkan kekasihnya. Tetapi, pekerja KFC pula yang terasa kehilangan Tan Shen kerana dia dah berada disana sangat lama.”Kami sangat kehilangannya. Kerana ia membuat pekerjaan kami semakin menarik,” ucap Jiang Lung, salah seorang pegawai di restoran tersebut.
0 comments:
Post a Comment