Wednesday, May 20, 2015

Misteri duit yang di tinggalkan di wiper kereta menjadi tanda tanya?

Kisah duit yang di tinggalkan di wiper kereta seorang pelajar telah menjadi viral di laman sosial semalam dan menjadi tanda tanya mana datang duit itu? Seorang pelajar IPTA bernama Rashidah Rashidi telah berkongsi cerita dilaman Facebooknya mengenai satu kejadian misteri yang berlaku di kawasan RnR Temerloh semasa dia berhenti rehat disitu kerana pening kepala dan lapar. Ketika itu, dia telah didatangi oleh seorang wanita yang tidak dikenali memakai baju bewarna hitam dengan membawa seorang anak kecil yang comel sambil menangis. Katanya, “wanita itu merayu untuk meminjam duit, sebab purse dia hilang, minyak dah habis.” Rashidah pada mulanya berasa sangsi untuk membantu wanita tersebut kerana sekarang ni banyak kes menipu yang menggunakan taktik macam ni. Lagipun dia telah banyak menggunakan duitnya untuk travel, baiki tayar, lampu, brek, servis kereta memandangkan dalam dompetnya cuma ada RM100 lebih. “saya pun cakaplah tidak ada duit tapi akak itu merayu-rayu, saya berkeras cakap tidak ada duit menyebabkan akak itu bangun dan pergi dari situ.” “Semasa akak itu berlalu pergi saya terlihat anak kecil yang didukung memandang saya, tiba-tiba hati terdetik dan terfikir sampai hati ko biarkan kakak tu, cuba bayangkan kalau itu ibu dan baby tu baby Jojon, bodoh la ko ni,” menyebabkan Rashidah rasa amat bersalah. Beliau terus mengejar wanita tersebut dan memberikan semua duit yang ada di dalam dompetnya dengan bertawakal kalau tipu pun tipu lah sebab rasa tak sampai hati nak tengok muka budak kecil tu. “Saya sempat ambil gambar mereka tetapi gambar tersebut tidak jelas oleh sebab tidak diketahui.”
Selepas wanita itu pergi, lapar dan pening terus hilang menyebabkan dia mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan. Setibanya di tol Bentong pekerja tol telah menegurnya. ” Dek.. Kenapa letak duit dekat wiper?” “Saya menjadi bingung! macam mana ada duit di situ? Lalu, saya memberhentikan kereta di tepi highway. Alangkah terkejutnya saya apabila ada duit RM50 sebanyak 20 keping iaitu bersamaan dengan RM1000 di selit di wiper kereta.” “Saya pandang kiri kanan. Siapa yg letak?????!!! Meremang bulu roma” katanya terkejut sambil menyebut nama Allah.
Ini adalah cerita asal yang di kongsikan oleh Rashidah : Facebook Rashidah Rashid

0 comments:

Post a Comment

loading...

Popular Posts

Recent Posts

Blog Archive

Powered by Blogger.