Tuesday, May 19, 2015

Tak Bayar SAMAN TRAFIK? Jangan risau, kejap lagi Polis datang pajabat anda?

Korang tahu tak yang Ops Warta telah dilancarkan semalam dan seramai 147 pesalah trafik telah dicekup polis dekat tempat mereka bekerja? Kalau korang berkerja di pejabat, maka satu pejabat lah tengok korang kena gari dengan polis sebab tak bayar saman. Malu ke tidak? Pesalah trafik yang ditahan memberi kerjasama yang baik dan akur dengan kesalahan waran tangkap serta kompaun yang belum diselesaikan. Kesemua mereka ditahan di ibu pejabat polis trafik sebelum dihadapkan ke mahkamah untuk pendakwaan. Menurut Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff Ketua Pasukan Trafik Bukit Aman, Selepas Ops Warta dijalankan semalam 151 pesalah trafik yang mempunyai waran tangkap telah menyerah diri di balai polis berhampiran di kawasan masing-masing semalam. Hasil tangkapan semalam mencatatkan Selangor dengan 42 individu yang paling tinggi berbanding Melaka hanya 24 individu. So, kalau malas nak bayar saman siap dah ada waran tangkap tu, tunggu je lah polis datang pejabat korang yer. Senang buat bayaran terus pakej dengan glamor satu pejabat. Gituwww!

0 comments:

Post a Comment

loading...

Popular Posts

Recent Posts

Blog Archive

Powered by Blogger.