Saturday, May 16, 2015

(Gambar)Terengganu Gagal Mara, Habis Penyokong ‘Pecahkan’ Stadium.

KUALA TERENGGANU, 17 Mei – Akibat gagal mara ke final Piala FA, penyokong Terengganu bertindak liar membuat rusuhan selepas tamat perlawanan di luar Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di sini, malam tadi. Kekecohan berlaku apabila ratusan penyokong skuad ‘Penyu’ tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil, Mohd Amirul Izwan Yaacob kerana tidak mengesahkan gol keempat Terengganu menerusi percubaan Ahmad Nordin Alias pada minit ke-89 kerana berada pada kedudukan ofsaid. Akibatnya, ia memberi kelebihan kepada pihak lawan, wakil Singapura, Lions XII untuk mara ke final menerusi peraturan gol di tempat lawan setelah kedua-dua pasukan terikat 4-4 secara agregat. Kira-kira 15,000 penyokong Terengganu yang tidak berpuas hati bertindak liar dengan membaling batu ke arah kereta Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, dan cuba menyerang pengadil sebelum pihak pasukan keselamatan terpaksa mengiringi pengadil yang dibaling objek oleh penyokong. Dalam kejadian sama, para penyokong juga dilaporkan bertindak membakar sebuah ambulan dan meletup manakala cermin bas yang membawa pemain Lions XII juga telah dipecahkan. Seorang anggota polis dan seorang kanak-kanak turut cedera akibat diserang penyokong dan pintu kaca dilaluan masuk stadium juga dipecahkan. Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin baru beroperasi semula selepas ditutup kerana masalah sruktur sebelum ini. Keadaan tersebut memaksa pihak stadium memanggil Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan bertindak melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan penyokong yang membuat kecoh.

0 comments:

Post a Comment

loading...

Popular Posts

Recent Posts

Blog Archive

Powered by Blogger.