Tuesday, May 19, 2015

Gadis sambung layari internet selepas lahirkan bayi di Cyber Cafe!

Kecoh apabila seorang wanita telah melahirkan anak di dalam ‘Cyber Café’ di Nanchang, China. Apa yang peliknya, wanita tersebut langsung tidak meminta pertolongan untuk ke hospital malah boleh kembali melayari internet seperti tiada apa yang berlaku.
Kejadian ini disedari oleh pekerja di situ setelah mendengar suara tangisan bayi dan melihat banyak darah di dalam tandas. Selepas melihat wanita tersebut sedang mendukung bayi dengan masih bertali pusat, mereka bergegas menelefon ambulans kerana risau akan keadaan bayi dan wanita tersebut. Difahamkan bahawa wanita ini telah meninggalkan rumahnya yang terletak di wilayah Shandong setelah bertengkar dengan keluarga. Oleh kerana tiada wang untuk membayar bil rawatan, pihak hospital telah membayarkan untuknya serta di beri makanan dan pakaian yang bersih.
Keluarganya terus ke hospital setelah mengetahui berita itu.

0 comments:

Post a Comment

loading...

Popular Posts

Recent Posts

Blog Archive

Powered by Blogger.