Saturday, May 23, 2015

Video Suami Bakar Isteri!!

Video ini menunjukkan kejadian mangsa dibakar oleh suaminya kerana isterinya tidak meminta izin untuk keluar dari rumah. Kejadian ini berlaku di Multan, Pakistan. Muhammad Siddique berang selepas mengetahui isterinya Shabana Bibi, 25, melawat adik perempuannya tanpa meminta kebenarannya, kata abang mangsa Muhammad Azam. Siddique dan bapanya kemudian memukul Shabana sebelum menyimbah petrol dan membakarnya di daerah Muzaffargarh, tengah Pakistan, Jumaat lalu. Sebelum itu jugak, isterinya selalu didera kerana tidak boleh hamil dan mereka baru sahaja mendirikan rumah tangga selama 3 tahun. 80 peratus badan Shabana melecur teruk dan menyebabkan dia meninggal dunia. Polis telah menahan suami dan bapa mertua mangsa atas dakwaan membunuh dan melakukan keganasan. Tuduhan keganasan dibuat untuk mempercepatkan perbicaraan kata kata Ketua Polis Daerah Rai Zameer-ul-Haq.

0 comments:

Post a Comment

loading...

Popular Posts

Recent Posts

Blog Archive

Powered by Blogger.