Monday, May 11, 2015

FB Promosi Mar1juana Atau G@nja Tidak Disekat SKMM?

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) disaran agar menyekat laman Facebook yang dikesan giat mempromosikan mar1juana atau g@nja sebagai herba perubatan. Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid Jumat (BN-Kempas) berkata ini kerana pihak pengendali Facebook yang menggunakan nama MalaysianMedicalMar1juana itu sedang menyebarkan infomasi kepada masyarakat mar1juana bukan d@dah berbahaya tetapi mempunyai nilai perubatan yang tinggi dan pengharamannya oleh kerajaan harus ditarik balik. “Perbuatan ini adalah bercanggah dan bertentangan dengan dasar dadah negara di mana mar1juana termaktub di bawah Akta D@dah Berbahaya 1952.” Laman Facebook berbahasa Malaysia itu menyokong usaha yang dilakukan oleh pelbagai pihak secara global supaya mar1juana atau g@nja tidak diharamkan dan meminta Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghormati negara yang menghalalkan mar1juana,” katanya pada sesi perbahasan persidangan Dewan Undangan Negeri Johor (DUN) di Nusajaya, semalam. Beliau berkata hujah yang dimuat naik di laman soial berkenaan boleh mempengaruhi orang ramai untuk bertindak bertentangan dengan undang-undang negara. Tengku Putra Haron Aminurrashid berkata laman tersebut yang sudah mendapat 4,600 pautan dikhuatiri mencapai tahap yang sukar dibendung. – Bernama

0 comments:

Post a Comment

loading...

Popular Posts

Recent Posts

Blog Archive

Powered by Blogger.