Tuesday, May 12, 2015

Gagal Tonton TV, Wanita Saman United Airlines RM18juta!

NEW JERSEY, Amerika Syarikat – Seorang wanita bertindak menyaman sebuah syarikat penerbangan di sini sebanyak AS$5 juta (RM17.9 juta) gara-gara tidak dapat menonton televisyen dan menggunakan perkhidmatan internet baru-baru ini. Cary David memberitahu, dia telah membayar sejumlah AS$7.99 (RM28.60) bagi menggunakan perkhidmatan tersebut ketika menaiki penerbangan United Airlines dari Puerto Rico ke Newark, New Jersey. Bagaimanapun, dia mendakwa hanya boleh menonton televisyen dalam tempoh kurang daripada 10 minit. Dalam pada itu, United Airlines menolak tuntutan saman tersebut dengan menyatakan perkhidmatan tersebut tidak boleh digunakan di luar Amerika Syarikat (AS). “Kami telah memaklumkan kepada semua penumpang secara bertulis di skrin bahawa program Live DirecTV tidak disediakan ketika pesawat berada di luar kawasan AS, manakala servis internet hanya boleh digunakan ketika berada dalam kawasan negara ini,” ujar jurucakap syarikat penerbangan itu. Sehubungan itu, syarikat penerbangan tersebut meminta saman yang difailkan di mahkamah persekutuan Newark digugurkan serta-merta. – AGENSI

0 comments:

Post a Comment

loading...

Popular Posts

Recent Posts

Blog Archive

Powered by Blogger.