Monday, May 11, 2015

Gempar!! Penduduk Sasak Kahwin Darah Daging Sendiri?

LOMBOK, 11 Mei – Keunikan budaya dan adat yang berbeza di setiap tempat kita lawati sebenarnya mencorakkan lagi pengetahuan dan juga dapat membuka mata kita tentang seisi dunia. Berkesempatan menjejakkan kaki di Lombok baru-baru ini, kami diberi peluang dan kesempatan untuk melawat satu kawasan kebudayaan terjaga rapi di sini iaitu di – Sasak. Tourist guide kami di sana menceritakan bahawa adat perkahwinan di Sasak yang berkahwin dengan darah daging sendiri masih lagi diteruskan sehingga kini.
Malah dalam masa yang sama, di sini juga adat menculik anak gadis yang ingin dinikahi juga kuat diamalkan. Rupa-rupanya daripada apa yang diterangkan kepada kami, kejadian menculik itu sebenarnya adalah di atas kerelaan gadis itu sendiri. Maka, jika si gadis sudah dibawa ke rumah bakal suami, kiranya gadis itu juga sudah bersetuju untuk menjadi isteri kepada lelaki tersebut. Malah ada juga di antara kaum Sasak yang tidak berkahwin dengan darah daging sendiri namun bakal suami harus membayar sejumlah wang kepada pihak keluarga wanita bagi menebus perkara tersebut. Rumah Dari Najis Lembu
Lebih unik lagi, rumah di kawasan ini juga semunya dibuat daripada najis lembu. Kami pun terkejut juga sebenarnya ketika sampai sebab ingatkan berbau dan kotor tetapi sebenarnya semuanya bersih-bersih belaka malah jika sekali lihat sama sahaja seperti simen. Apa yang kami ceritakan di atas merupakan beberapa perkara dan juga adat yang unik ada di Lombok. Luangkan sedikit masa anda di sini bagi memahami dengan lebih mendalam budaya luar.
Di Sasak, rata-rata wanita di sini menjalankan perniagaan menenun sutera dan juga menjual batu cincin yang rata-rata warnanya memang menarik.
– Vitdaily

0 comments:

Post a Comment

loading...

Popular Posts

Recent Posts

Blog Archive

Powered by Blogger.