Sunday, May 10, 2015

Haram sambut hari ibu?

Kini isu lama timbul kembali, setiap tahun mesti kita akan dengar "Hari Ibu Haram Disambut". Setiap tahun juga mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa haram pula? Dari dulu ok je. Banyangkanlah pemikiran kanak-kanak dibelenggu dengan persoalan macam ni. Cabaran baru buat ibu bapa zaman sekarang. Jawapan yang patut diberikan haruslah bersesuaian. Masa aku lepak kat kedai mamak, ada rakan-rakan yang bahaskan isu ini. Mereka tidak setuju dengan hukum mengharamkan hari ibu. Pada mulanya kami bersembang pasal Ustaz Azhar Idrus. Tiba-tiba je masuk bab ni. Sebab Ustaz Azhar ada buat kenyataan "hukum sambut hari ibu tu haram, tok sah ikut budaya orangg" Ada diantara ulama juga yang berbeza pendapat dan pandangan. Ada yang kata haram, ada yang kata harus, ada yang kata bidaah.
Pandangan Dr Rajab Abu Malih Ada dua kumpulan ulama dalam masalah ini : Ulama yang berpendapat perayaan atau sambutan yang datang dari luar agama maka ia dikira keji dan kita tidak perlu mengikutnya. Dalam agama kita sudah cukup menjadikan kita yang memandu bukan dipandu, diikuti bukan mengikuti. Ulama yang berpendapat perayaan atau sambutan ini termasuk dalam kategori adat-adat kebiasaan. Maka, hukum asalnya ialah harus. Selagi mana sambutan ini bertepatan dengan Islam dan garis panduannya serta mempunyai asal dalam syariat kita, maka tidak haram dan tidak makruh. Walaupun kita hormati pendapat pertama dan hormati sesiapa yang berpendapat sedemikian, kita berpegang kepada pendapat kedua, iaitu harus tetapi mestilah mengikut garis-garis panduan. Sumber : Farhanrazak

0 comments:

Post a Comment

loading...

Popular Posts

Recent Posts

Blog Archive

Powered by Blogger.