Wednesday, May 13, 2015

Kantoi!! Polis Lakukan S3ks Luar Tabii Dengan Wanita Indonesia

Akibat mer0gol dan melakukan pers3tubuhan luar tabii dengan seorang wanita warga Indonesia pada 2012, tiga anggota polis dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang, semalam. Hukuman itu dijatuhkan oleh hakim, Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap ketiga-tiga tertuduh.
Walau bagaimanapun, Nik Sin Mat Lazim, 36, Remy Anak Dana, 28, dan Syahiran Romli, 24, bakal menjalani penjara selama 12 tahun kerana hukuman dijalankan serentak. Ketika menjatuhkan hukuman tersebut, Meor Sulaiman berkata, sebagai penjawat awam, mereka bertiga sepatutnya memastikan keselamatan awam. Namun, mereka telah menyalahgunakan kuasa dan bertindak menodai wanita tersebut. Lantas, ujarnya, kesalahan tersebut tidak boleh diterima dan mereka harus menjalani hukuman penjara selama 12 tahun bermula semalam. Dalam pertuduhan yang dibacakan sebelum itu, ketiga-tiga pesalah dituduh melakukan kesalahan tersebut di Bilik 4, Berek Balai Polis Perai, antara jam 6.40 pagi sehingga 7.30 pagi, 9 November 2012. Mereka didakwa mengikut Seksyen 376 (1) dan Seksyen 377 (C) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksima penjara 20 tahun dan sebatan.

0 comments:

Post a Comment

loading...

Popular Posts

Recent Posts

Blog Archive

Powered by Blogger.