Monday, May 11, 2015

Ronnie Sah Disingkir Dari Hyper Act?

PETALING JAYA – Sebelum ini desas desus mengatakan Hyper Act bertelingkah sesama sendiri akhirnya terjawab selepas anggota Hyper Act, Toi, sendiri memaklumkan penyingkiran vokalis utama kumpulan itu, Ronnie. Menurut sumber, keputusan itu diambil kerana anggota lain tidak berpuas hati apabila Ronnie tidak pernah memberikan bayaran 30 peratus kepada syarikat mereka Hype Beat bagi setiap undangan persembahan solo penyanyi itu.
Ronnie atau nama sebenarnya Shahron Hussien, 34, bagaimanapun memberitahu Mstar Online bahawa keputusan untuk keluar daripada Hyper Act dibuat secara sukarela dan bukannya disingkirkan. “Saya bukannya disingkirkan tanpa pengetahuan saya seperti mana diperkatakan sebelum ini tetapi ia atas perbincangan bersama di antara kami. “Bagi saya tidak ada apa yang ingin diperbesarkan kerana semuanya sudah selesai dengan baik,” katanya. Ronnie bagaimanapun enggan mengulas lanjut kononnya berlaku pertelingkahan diantara anggota kumpulan tersebut namun menegaskan hubungan mereka masih terjalin baik. Walaupun Ronnie dan Hyper Act sudah mengambil haluan sendiri, namun semoga mereka berjaya dalam kerjaya masing-masing.

0 comments:

Post a Comment

loading...

Popular Posts

Recent Posts

Blog Archive

Powered by Blogger.