Sunday, May 10, 2015

Terbaik!! Jutawan China Bawa 6,400 Pekerjanya Bercuti Di Perancis

Seronok kalau ada bos macam ini! Seorang jutawan China membawa 6,400 pekerjanya bercuti selama empat hari di Perancis sekaligus memecahkan rekod dunia rantaian manusia di Cote D’Azur.
Pengerusi Syarikat Tiens Group, Li Jinyuan juga dikhabarkan menempah sehingga 140 hotel di Paris, dimana kumpulan pekerjanya itu dibawa melawat Louvre dan pelbagai tempat budaya di salah satu daripada bandar-bandar yang paling terkenal di dunia. Mereka kemudiannya dibawa ke Cote D’Azur yang terkenal dimana Li Jinyuan menempah 4,760 bilik di 79 hotel empat dan lima bintang di Cannes dan Monaco. Rombongan terbabit dibawa dengan 147 bas daripada hotel ke Promenade des Anglais di Nice, dimana pegawai Rekod Dunia Guiness mengesahkan rantaian manusia paling ramai di dunia. Mereka kemudiannya menyusun barisan membentuk ejaan ‘Tiens’ sebagai satu bentuk meraikan 20 tahun perkongsian antara syarikat China dan rantau Perancis.

0 comments:

Post a Comment

loading...

Popular Posts

Recent Posts

Blog Archive

Powered by Blogger.