Tuesday, May 12, 2015

Video Wanita Dipukul Polis Kerana Enggan Beri Rasuah!!

NEW DELHI, 12 Mei – Seorang anggota trafik bertindak membaling batu bata ke arah seorang wanita apabila wanita berkenaan enggan memberi rasuah sebanyak 200 rupi (RM12) kepada anggota polis berkenaan. Insiden itu berlaku apabila wanita tersebut didakwa melanggar lampu isyarat merah di sekitar pusat bandar New Delhi sebelum diarahkan berhenti oleh anggota polis trafik berkenaan. Anggota polis yang dikenali sebagai Ketua Konstabel Satish Chand itu kemudiannya meminta rasuah daripada mangsa, namun akibat keengganan mangsa, Satish bertindak melontar batu bata ke arah kepala mangsa. Video insiden itu juga sempat dirakam dan mendapat reaksi hangat daripada orang awam dan kumpulan pendesak berhubung amalan rasuah dalam kalangan pengawai penguatkuasa, terutamanya pasukan polis di India.
Mangsa, Ramanjeet Kaur ketika ditemubual oleh media India berkata, dia dalam perjalanan pulang ke rumah selepas perjumpaan persatuan ibu bapa dan guru sebelum anggota polis trafik berkenaan mengarahkannya untuk memberhentikan kenderaan. “Saya cakap saya tidak melanggar lampu isyarat merah, tetapi jika saya melakukannya, saya minta maaf. Kemudian dia (Satish) memberitahu saya dia akan mengeluarkan saman lalu lintas. Dia kemudiannya meminta dokumen saya yang saya berikan kepadanya dan berkata bahawa saya boleh membayar 200 rupi. Saya memberitahunya supaya mengeluarkan saman. Dia berkata tidak. Dia kata saya boleh beri 200 dan pergi. Saya kata tidak, keluarkan saman dan selepas itu saya akan bayar atau awak boleh hantar saman itu ke rumah dan saya akan bayar”, jelas Ramanjeet. Selepas kejadian itu, anggota polis itu ditahan dan dilaporkan bukan sahaja digantung kerja malah sudah ditamatkan perkhidmatan selain kesnya telah didaftarkan.

0 comments:

Post a Comment

loading...

Popular Posts

Recent Posts

Blog Archive

Powered by Blogger.