Wednesday, May 6, 2015

Amir (Raja Lawak) Mengamuk Kerana MLM?

PETALING JAYA – Lain yang dikata, lain pula yang dapat. Mungkin sebab itu pelawak Amir (Raja Lawak) mengamuk apabila ada individu yang cuba memperdayakannya dengan tawaran mengacara. Namun, lain pula yang berlaku apabila Amir berjumpa individu berkenaan untuk mengadakan perbincangan bersama. Rupanya Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 27, dijemput menjadi ahli skim jualan langsung (MLM) sebuah produk kecantikan. “Mula-mula individu itu menghantar mesej menerusi WhatsApp bercakap mengenai tawaran mengacara. Dan dia ingin berjumpa dengan saya secepat mungkin. “Bayangkan saya balik dari penggambaran dengan badan berpeluh-peluh terus berjumpa dengan individu tersebut. “Apabila melihat dia mengeluarkan fail daripada begnya, saya dah agak ada benda yang tidak kena. Tiba-tiba dia bersama-sama dengan rakannya bercakap cara perniagaan MLM pula. Bengang saya dibuatnya,” katanya.
Lebih membuatkan pelawak itu bertambah geram apabila dia ditegur tidak memberi fokus kepada penerangan yang diberikan kerana sibuk bermain dengan telefon bimbitnya. “Sepatutnya saya yang marah mereka kerana menipu. Lain pula jadinya, saya yang dimarah kerana tidak memberi fokus terhadap penerangan mereka,” ujarnya. Tambahnya, mana-mana pihak yang ikhlas menjalankan perniagaan tidak perlu menipu sedemikian sebaliknya perlu bertindak jujur terutama membabitkan orang ramai untuk menyertai mana-mana skim perniagaan.

0 comments:

Post a Comment

loading...

Popular Posts

Recent Posts

Blog Archive

Powered by Blogger.