Saturday, May 9, 2015

Bimbang Tunang Tahu Tiada D@ra, Wanita Jumpa Bomoh Pulih D@ra Dir0gol Pula

Seorang bakal pengantin dir0gol oleh seorang bomoh yang ditemui untuk membantu memulihkan daranya. Wanita berusia 22 tahun itu bertemu dengan bomoh berkenaan kerana bimbang tunangnya mendapat tahu dirinya sudah tidak mempunyai dara lagi. Sebaliknya, bomoh berusia 53 tahun itu mengambil kesempatan dengan bertindak mer0gol wanita tersebut. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, mangsa merupakan seorang setiausaha dan bakal berkahwin pada bulan ini. Portal mStarOnline melaporkan, pada 27 Mac lalu, mangsa pergi mendapatkan bantuan seorang bomoh di Semenyih bagi memulihkan daranya. “Mangsa takut untuk berhadapan dengan malam pertamanya, sekiranya bakal suami enggan bersama apabila mengetahui dia pernah melakukan hubungan s3ks sebelum ini. “Bomoh itu menawarkan tiga cara untuk memulihkan dara kepada mangsa,” katanya kepada pemberita pada Isnin. “Dia (bomoh) memberitahu kepada wanita tersebut boleh menghantar video aksi ghairahnya, menyentuh badannya atau melakukan hubungan s3ks,” katanya. Mangsa memilih cara yang pertama. “Wanita itu mengirimkan tiga video kepada bomoh terbabit. Bagaimanapun, dia memilih cara kedua kerana tidak mahu mengirimkan lagi video berkenaan. “Mangsa bertemu suspek pada kira-kira pukul 7.20 malam pada 16 April lalu di sebuah pondok dekat Bukit Broga,” kata Abdul Rashid. Mangsa pada mulanya beranggapan bomoh itu hanya mahu menyentuh badannya. “Sebaliknya, bomoh itu mer0golnya,” katanya, sambil menambah mangsa membuat laporan polis pada malam yang sama kejadian berlaku. Suspek turut ditahan pada hari yang sama. “Siasatan mendedahkan bahawa mangsa telah membuat laporan polis mengenai bomoh itu pada 27 Mac lalu, pada hari mereka bertemu. “Wanita itu mendakwa bomoh itu telah membacakan jampi sambil memegang tangannya yang membuatkan dia bern@fsu,” katanya. Bomoh itu direman sehingga Selasa dan disiasat kerana mer0gol.

0 comments:

Post a Comment

loading...

Popular Posts

Recent Posts

Blog Archive

Powered by Blogger.