Saturday, May 9, 2015

Gadis Berlidah Panjang Mampu Sentuh Hidung Dan Mata

Memang pelik dengan kebolehan seorang remaja berusia 18 tahun, Adrianne Lewis, yang mampu mengeluarkan lidahnya sehingga mampu menyentuh hidung, dagu, siku malah matanya dengan sedikit bantuan. Adrianne yang mempunyai lidah sepanjang 4 inci itu percaya dia mempunyai lidah terpanjang dan boleh mengalahkan pemegang rekod lidah terpanjang yang disenaraikan Rekod Dunia Guinness iaitu Nick Stoeberl yang berukuran 3.9 inci. Remaja yang berasal dari Twin Lake, Michigan itu, kini dalam perbincangan bersama Rekod Dunia Guinness untuk mengetahui sama ada dia merupakan pemegang rekod lidah terpanjang yang terbaru. Jelasnya sebelum ini permohonan itu masuk ke Rekod Dunia Guinness pernah ditolak sebelum dilamar ‘Ripley’s Believe It Or Not’ semasa berusia 13 tahun. “Permohonan saya pernah ditolak sebanyak tiga kali oleh Guinness namun beberapa hari kemudian saya mendapat emel daripada Ripley’s yang berminat dengan kebolehan unik saya,” katanya. Biarpun sering menerima pujian mengenai kebolehannya, Adrianne tidak pernah terlepas daripada komen negatif yang mengatakan lidahnya hanya palsu. “Ada yang menuduh saya mengedit video tentang lidah saya dan mengatakan lidah saya adalah palsu”, katanya.

0 comments:

Post a Comment

loading...

Popular Posts

Recent Posts

Blog Archive

Powered by Blogger.