Monday, May 4, 2015

Anai-Anai Tingkatkan Prestasi S3ks “Ala” V1agra

Seorang lelaki yang menjalankan perniagaan khidmat mengawal serangga perosak mendakwa memakan hidup-hidup ratu anai-anai boleh merapatkan hubungan suami isteri, dan, seperti pil V1agra, ia membolehkan pasangan bertahan lama di ranjang. ‘Isteri berterima kasih kepada saya selepas kami bersama,’ kata Encik Abdul Rahim Abu Bakar, 45 tahun. Menurutnya, dia mengetahui kehebatan memakan ratu anai-anai itu daripada seorang tabib Cina di bandar ini kira-kira tujuh tahun lalu sebelum mengamalkannya hingga kini. ‘Seelok-eloknya, ia dimakan kira-kira 15 minit sebelum bersama dan selewat-lewatnya tiga hari selepas ratu anai-anai dikeluarkan daripada busut untuk mengekalkan khasiatnya. ‘Kehebatannya umpama kita berlari maraton tanpa henti. Malah, tabib Cina itu percaya khasiat ratu anai-anai lebih hebat berbanding cicak tokek,’ katanya ketika ditemui akhbar Metro Ahad di rumahnya di Serom 1, di sini, baru-baru ini. Encik Abdul Rahim berkata, ratu anai-anai hanya boleh hidup sekitar tiga hari selepas diambil daripada sarangnya. Bagi lelaki, memakan ratu anai-anai itu dapat membantu memulihkan penyakit mati pucuk dan merawat masalah tenaga batin manakala wanita yang memakannya pula boleh menambahkan kesuburan, dakwanya.

0 comments:

Post a Comment

loading...

Popular Posts

Recent Posts

Blog Archive

Powered by Blogger.