Tuesday, May 5, 2015

Pelajar Terlampau Buat Rakaman Di Tandas Guru Wanita!!

MELAKA – Hanya kerana mahu merakam video guru perempuan menggunakan tandas, dua pelajar lelaki berusia 14 tahun mengambil risiko memanjat siling sekolahnya sebelum berjalan di ruang atas untuk membuat rakaman ketika waktu rehat persekolahan. Namun, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke juga. Pelajar berkenaan ditangkap 27 April lalu apabila seorang guru mendengar bunyi dari siling dan menjerit meminta bantuan. Ketika disoal siasat,kedua-dua pelajar tingkatan 2 itu mengaku sudah menjalankan aktiviti itu sejak awal bulan lalu dan sudah mengambil lebih dari 10 gambar dan video guru-guru di sekolah mereka. Mereka kemudiaannya digantung persekolahan selain dimaklumkan kepada ibu bapa mereka berhubung kejadian itu. Pihak Polis Melaka Tengah kini dalam usaha merekod kenyataan daripada semua guru yang terlibat selain akan bertemu dengan pihak pengurusan sekolah tidak lama lagi. Salah seorang guru, 51, telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu kerana bimbang video dan gambarnya telah dimuat naik oleh pelajar berkenaan. Namun, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Datuk Wira Md Yunos Husin memberi jaminan bahawa kerajaan negeri akan bekerjasama rapat dalam memastikan tiada gambar atau video berkaitan akan tersebar di mana-mana saluran. “Guru-guru bimbang bahawa kes itu mungkin menjejaskan reputasi mereka. “Kita tidak boleh menyembunyikan perkara ini kerana ia melibatkan kakitangan di sebuah sekolah terkenal,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

loading...

Popular Posts

Recent Posts

Blog Archive

Powered by Blogger.