Tuesday, December 16, 2014

Amah Filipina Mati Dibaham Singa Peliharaan Majikan

Amah Filipina Mati Dibaham Singa Peliharaan Majikan - Polis kini sedang melakukan siasatan terhadap seorang majikan di Kuwait setelah orang gajinya, seorang warga Filipina, meninggal dunia dipercayai kerana digigit singa peliharaan individu tersebut. Menurut sumber, majikan itu membawa amahnya ke hospital selepas wanita itu mengalami kecederaan parah, namun memaklumkan kepada doktor, amahnya digigit anjing. Tetapi, hasil siasatan lanjut oleh pihak hospital mendapati, wanita itu sebenarnya digigit singa, lantas kes tersebut dilaporkan kepada polis. Lanjutan terhadap kes itu, pihak polis menahan dan menyoal siasat suspek yang kemudiannya mengakui, mangsa sebenarnya digigit oleh seekor singa peliharaannya.
Kes tersebut dimaklumkan kepada pendakwa raya yang mengambil tindakan membuka kertas siasatan. Memetik sumber dari berita Filipina, amah tersebut bernama Lourdes Abujuela. Setelah mendapat rawatan selama beberapa hari, Abujuela dibenarkan pulang ke rumahnya. Walau bagaimanapun, seorang rakan Abujuela memberitahu, selepas beberapa hari, wanita itu mengalami sakit kepala dan dihantar semula ke hospital oleh majikannya. Namun malangnya, dia tidak dapat diselamatkan. Bagi individu-individu kaya di negara-negara Teluk, memelihara haiwan seperti singa dan harimau merupakan satu lambang terhadap status mereka walaupun ia dilarang kerana merbahaya terhadap orang awam, juga haiwan itu sendiri.

0 comments:

Post a Comment

loading...

Popular Posts

Recent Posts

Blog Archive

Powered by Blogger.