Friday, December 26, 2014
Isteri mandul benarkan suami 'nikmati' tubuh adik ipar
Sungai Buloh – Kakak durjana! Itu perkataan sesuai menggambarkan tindakan seorang wanita yang sanggup menyembunyikan perbuatan terkutuk suaminya yang menjadikan adiknya hamba seks dengan alasan mahu menjaga maruah lelaki berkenaan. Mangsa berusia 30-an dan bertugas sebagai penjawat awam itu dikatakan tampil membuat laporan polis pada 11 Oktober lalu berikutan terlalu tertekan dengan perbuatan kakaknya yang hanya mendiamkan diri selain memaksanya untuk mengunci mulut. Mangsa mendakwa menjadi pemuas nafsu abang iparnya sejak tujuh tahun lalu ketika bertandang ke rumah kakaknya di Shah Alam dengan kejadian terbaru, April lalu. Menurut sumber, abang ipar mangsa yang berusia 30-an itu dikatakan masuk ke dalam bilik tidurnya kira-kira jam 2 pagi untuk melakukan perbuatan terkutuk itu. “Mangsa mendakwa dia seolah-olah dipukau dan separuh sedar kerana ketika kejadian dia hanya mampu menurut permintaan lelaki berkenaan tanpa sebarang bantahan,” katanya. Sumber berkata, ketika kakak mangsa masuk ke dalam bilik adiknya awal pagi untuk mengejutkan mangsa bersarapan, wanita itu ternampak suaminya tidur bersama-sama di dalam bilik berkenaan namun tidak menunjukkan reaksi marah sebaliknya terus meninggalkan bilik berkenaan, menurut sumber HMetro. “Apabila mangsa pulang ke rumahnya, abang iparnya sering menghubunginya dan meminta mangsa menutup mulut serta merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan keluarga terutama ibu bapa mereka. “Lelaki itu mendakwa dia bertindak demikian kerana tertekan selepas kakak mangsa dikatakan tidak mampu melakukan hubungan intim selain disahkan mandul,” katanya. Katanya, perbuatan itu berlarutan sehingga mangsa akhirnya merayu kakaknya menyelesaikan perkara itu dan bertanggungjawab atas perbuatan suaminya. “Namun kakaknya masih berdegil dan meminta mangsa terus mendiamkan diri dan menurut kemahuan suaminya yang mempunyai perwatakan baik dalam keluarga mereka,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Junaidi Bujang ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis terbabit dan siasatan lanjut masih dijalankan, namun belum ada tangkapan.
Related Posts:
INILAH KERJA YANG PALING BANYAK MENGUJI N@FSU DAN KEJUJURANINILAH KERJA YANG PALING BANYAK MENGUJI NAFSU DAN | Kami beranggapan ini merupakan kerja yang paling banyak menguji nafsu dan memerlukan kejujuran ya… Read More
Inilah Tulisan Terbesar Di Dunia Yang Dapat Dilihat Dari Angkasa!Di pulau berpasir di Abu Dhabi, Sheikh Hamad bin Hamdan Al Nahyan telah menulis sebuah Grafiti terbesar di dunia yang pernah ada. Hamad, keturunan ke … Read More
[Kisah Benar]Pasangan Z1na Mati Dalam Kemalangan Yang Dahsyat Dan Sangat Memalukan Ini merupakan satu kisah benar yang diceritakan oleh seorang ahli bomba dari utara semenanjung.. Sama-sama kita renungi dan hayati kisah ini, jadika… Read More
Pekerja KFC Tunjuk Isyarat Lu-cah!! Video seorang pekerja wanita KFC menunjuk isyarat lu-cah tersebar di laman Facebook sejak 14 jam yang lalu dan telah mendapat 2,521 shares di laman … Read More
LUAHAN INTAN..17 HARI DIKENDURI BANGLA SECARA PAKSA!! LUAHAN INTAN..17 HARI DIKENDURI BANGLADESH SECARA PAKSA!! | Kuala Lumpur: “Saya tidak akan maafkan mereka sampai mati. Mana tidaknya, saya diperlaku… Read More
0 comments:
Post a Comment