Saturday, December 13, 2014
Nyanyian Ibu Awie Yang Terakhir Di Whatsapp
Ibu Awie Allahyarhamah Azizah Abd Hamid 75, sempat menyanyikan sebuah lagu di ‘group whatsapp’ sebelum menghembuskan nafas terakhir, pagi semalam. Ketika itu Awie merasakan sangat gembira melihat tingkah laku ibunya yang menyanyi secara spontan yang ditujukan khas untuk anak-anak dan cucu-cucunya. “Saya tidak menyangka nyanyian itu adalah untuk kali terakhir buat kami sekeluarga. Ibu saya kelihatan sihat dan tidak menunjukkan sebarang petanda yang dia sakit.” Ulu Kelang : “Habis seperiuk lauk rendang ayam dimasak emak saya makan, tak sangka itulah masakan terakhir arwah yang sempat saya rasa,” kata rocker terkenal, Azhar Othman atau Awie, 48, menceritakan semula kejadian malam sebelum pemergian ibunya, Azizah Abd Hamid, 75, jam 8 pagi semalam. Vokalis kumpulan Wings itu ketika ditemubual di kediaman arwah ibunya, berkata, selain rendang, ibunya juga menyediakan hidangan ikan bilis goreng berlada dan kerana kelazatan masakan air tangan ibunya agak luar biasa berbanding sebelumnya, Awie sempat meminta resipi. “Hidangan makan malam semalam (tadi) memang sangat sedap berbanding masakan emak sebelum ini. Satu periuk rendang ayam saya habiskan sebaik pulang dari latihan pementasan teater Takhta 3 Ratu di Istana Budaya. Malah, satu lagi menu ikan bilis berlada dimasak arwah sempat saya tanyakan resipinya,” katanya. Azizah dikatakan terjatuh di bilik air rumahnya di Ukay Perdana, Ampang, sebelum ia disedari pembantu rumah. Anak Awie iaitu Rizki turut menyedari kejadian itu. “Namun semua ini sudah ditakdirkan, dalam pukul 8 pagi, orang gaji hubungi saya yang ibu saya jatuh di bilik air. Tiba saya di rumah, saya pegang tangannya tetapi dah sejuk, nak sedapkan hati, saya hubungi ambulans.” “Setelah selesai pegawai kesihatan membuat pemeriksaan ke atas ibu saya dan mengesahkan ibu saya sudah meninggal dunia,” ujar Awie kepada portal Murai.com.my. Awie juga menyeru kepada sesiapa yang mengenali arwah ibunya, sekiranya ingin menuntut hutang sila bertemu dengannya di rumah di Taman Ukay Bestari. “Kepada yang ingin menuntut hutang sila berjumpa dengan saya, kalau ada yang ingin halalkan saya ucapkan berbanyak terima kasih. “Dengan kesempatan ini juga saya ucap terima kasih kepada para tetamu, rakan-rakan dan pihak media yang meluangkan masa untuk solat jenazah, saya amat hargai,” kata Awie mengakhiri bicara.
Related Posts:
Darah Haid Pada Telur Nasi Lemak Sebagai Pelaris? Seorang pengguna Facebook, Rizu Nads, memuat naik beberapa gambar makanan yang dibelinya dari sebuah kedai yang didakwa mengeluarkan tompok-tompok k… Read More
Perkara b@ngang Seperti Ini Hanya Berlaku Di China? Kelakuan pemuda Cina ini sungguh diluar pemikiran orang waras, ia membuka s3luar dan baring dalam subway.. Tapi jangan terkejut, menurut dari sumber… Read More
Subhanallah!! Bayi Ditanam Lapan Hari Masih Hidup CHINA – Seorang bayi berjaya diselamatkan meskipun ditanam selama lapan hari di sebuah kawasan perkuburan oleh ibu bapanya selepas bayi itu dilahirk… Read More
Awie Difitnah Meninggal Dunia? Penyanyi dan pelakon Awie meluahkan rasa kecewa apabila ada pihak yang menyebarkan kembali fitnah yang mengatakan dirinya telah meninggal dunia. “S… Read More
Akibat Gantung Alat K3maluan Palsu Pada Kenderaan! CHARLESTON - Polis South Carolina menahan dan mendakwa seorang wanita yang menghiasi keretanya dengan peralatan tidak senonoh yang berbentuk k3malu… Read More
0 comments:
Post a Comment