Sunday, December 14, 2014
Lelaki Kejam Bunuh Lebih 40 Orang
SAO PAULO – Seorang lelaki yang didakwa mengaku melakukan pembunuhan lebih daripada 40 orang sejak tahun 2005 telah ditangkap di Rio de Janeiro dan polis sedang menyiasat kebenaran pengakuannya itu. Polis menahan Sailson Jose das Gracas Rabu sejurus selepas beliau didakwa menikam seorang wanita sehingga mati di pinggir bandar Rio Nova Iguacu. “Dia mengaku membunuh 37 wanita lain, tiga lelaki dan seorang budak perempuan berusia berusia 2 tahun dalam masa sembilan tahun yang lalu,” kata seorang pegawai polis melalui telefon. “Dia sama ada menikam mangsa atau mencekik mereka.” “Kami kini sedang cuba untuk menyiasat sama ada dia adalah seorang pembunuh bersiri atau dia hanya mereka semuanya.” Pihak Polis juga menambah Das Gracas tiada tanda penyesalan dalam dirinya dan dia berkata jika dia keluar daripada penjara dia akan membunuh lagi. “Das Gracas telah taksub membunuh wanita berkulit putih, dan dia mengikuti mangsa selama minggu dan mencari masa yang sesuai untuk menyerang dan membunuh mangsa,” kata seorang pegawai Polis. “Selepas membunuh seseorang Das Gracas akan berasa tenang dan kemudian menghabiskan masa dua atau tiga bulan untuk tidak mencederakan sesiapa. Kemudian dia akan keluar memburu mangsa baru,” tambah pegawai Polis itu. Selain daripada itu, Das Gracas juga menceritakan apa yang dilakukannya sebelum bertindak menamatkan nyawa mangsanya yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan usia. “Saya akan kaji sedikit sebanyak tentang diri mangsa selama berbulan-bulan dan akan tunggu masa sesuai untuk pecah masuk ke rumah mangsa dan bunuh mereka,” katanya. Berusia 26 tahun, das Gracas berkata, dia mula membunuh ketika berusia 17 tahun dan sehingga kini telah membunuh 38 wanita, tiga lelaki dan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun.
Related Posts:
Serius Pelik!!! Gadis Cantik Ditelan Hidup-Hidup Oleh Seekor Unta Seekor unta yang mengalami sedikit gangguan mental telah menelan hidup-hidup seorang gadis cantik ketika sedang membuat pemeriksaan kesihatan unta t… Read More
Betol Ke Ni?? Tengok Buah Z@kar Untuk Tahu Suami Curang KAUM lelaki khususnya suami yang berniat untuk curang dengan pasangan masing-masing dinasihatkan supaya melupakan niat tersebut kerana tanpa anda se… Read More
Penumpang Pesawat Biadap AirAsia Dikutuk Di China? GAMBAR seorang wanita meletakkan kakinya di tempat letak tangan seorang lagi penumpang wanita sebuah pesawat menjadi viral dan dikutuk netizen di Ch… Read More
Penjawat awam ditahan dan merayu "Jangan beritahu isteri saya" Penjawat awam ditahan dan merayu ‘Jangan beritahu isteri saya’ | “Tolong jangan hubungi isteri saya encik, dia sarat mengandung dan ada tiga anak un… Read More
"Kisah sedih" Apabila duit tahlil digunakan untuk langsaikan hutang Kisah sedih.. Apabila duit tahlil digunakan untuk langsaikan hutang | “Kami hampir kehilangan tempat berteduh selepas gagal membayar tunggakan sewa… Read More
0 comments:
Post a Comment