Sunday, December 28, 2014
NAK TAHU!! TANDA-TANDA LELAKI BILA RINDU
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Moga perjalanan kehidupan kalian berjalan dengan lancar. Ameen. Hari ini saya ingin membincangkan sebuah topik cinta yang bertajuk “Tanda-tanda Lelaki Bila Rindu”.
Biasanya wanita akan mempamerkan riak apabila mereka merindui insan yang dicinta, tetapi lelaki juga merindu dan meluahkan rindu dendam yang mereka pendam. Mungkin ramai wanita yang tertanya-tanya apa lelaki buat bila rindu? Apakah tanda-tanda lelaki itu sedang merindu?
1. Bila lelaki merindu mereka suka menghabiskan masa bersama anda.
2. Bila merindu dia mudah merasa cemburu walau kedudukannya sebagai buah hati anda tidak tergugat sebenarnya.
3. Bila merindu lelaki kadang kala mudah marah-marah kerana tidak sanggup menahan pedihnya merindu.
4. Bila merindu lelaki mudah berkecil hati dan menganggap diri mereka diabaikan sedangkan anda sedang sibuk dengan tugas seharian.
5. Bila merindu lelaki akan stalk semua gambar anda satu persatu walaupun gambar tu telah berulang kali mereka lihat.
Sebenarnya lelaki dan wanita sama sahaja, bila hati antara keduanya telah bertaut pasti rasa sayang tidak dapat diluah dan rasa rindu tidak dapat dibendung bila berjauhan. Kebaikan apabila merindu ia akan menambahkan rasa sayang dan cinta di dalam hati antara keduanya. Pasangan juga akan menghargai tiap detik apabila bersama kerana ingin melepaskan rindu dendam yang terpendam di hati. Namun jika rindu yang tidak mampu dibendung dan mula membuahkan perasaan cemburu dan rasa cemas takut ditinggalkan ia akan memakan diri sendiri dan bahaya kepada sesuatu perhubungan itu.
Sebagai insan pastinya kita tidak terlepas dalam melakukan kesilapan namun apa yang penting bertolak ansur dan saling menyayangi perlu dalam menjadikan perhubungan itu menjadi syurga dunia dan akhirat juga. InsyaAllah.
Related Posts:
Tidur Dengan Pasangan Buat Tubuh Lebih Segar Dan Sihat!! Tidur dengan suami atau isteri dapat membuatkan tubuh anda lebih sihat dan segar. Terkejut?? Satu survei dilakukan menunjukkan pasangan yang tidur b… Read More
Terbaik!! Ibu cina, anak-anak Islam? Dikenali sebagai “Cikgu Wong”, wanita yang terkenal di kalangan penduduk Kampung Putatan dikenali sebagai wanita serba boleh yang rajin bekerja, gar… Read More
Perkahwinan dibatalkan kerana pengantin lelaki kurang bijak Perkahwinan dibatalkan kerana pengantin lelaki kurang bijak | Gara-gara gagal menjawab soalan matematik yang dikemukakan, seorang pengantin perempua… Read More
Lelaki “Winnie The Pooh” Ada 7 Isteri Dan Rumah Besar? Beberapa hari lepas menjadi viral di laman sosial terutamanya Facebook apabila tersebar gambar seorang lelaki warga emas dari negara seberang mencar… Read More
Kisah Sedih Pak Cik Tua Pura-Pura Hubungi Anak Di Aidilfitri Untuk Ubati Rasa Rindu Perkongsian kisah ini di ambil dari laman Facebook Tuan Syed Azmi . Sangat menyentuh sanubari, kisah tentang seorang pak cik yang ditinggalkan di ho… Read More
0 comments:
Post a Comment