Sunday, December 21, 2014
Petani ‘tolak tuah’ enggan jual seekor kerbau miliknya dengan harga 1.23 juta pound (RM6.6 juta), walaupun ianya rekod dunia paling mahal. Kenapa?
Sorang petani India ‘menolak tuah’ apabila enggan menjual seekor kerbau jantan miliknya yang mencecah harga 1.23 juta pound (RM6.6 juta), satu rekod dunia bagi harga kerbau paling mahal, dalam satu jualan lelong di negeri Haryana di utara negara ini, baru-baru ini. Tindakan Karamvir Singh dari Kampung Sunario di daerah Kurukshetra itu mungkin berbaloi selepas dia memperoleh pendapatan tetap lebih 30,000 pound (RM163,071) sebulan hanya dengan menjual air mani kerbau tersebut. Mail Online melaporkan, sekiranya Karamvir bersetuju menjual kerbau jantan berusia tiga tahun miliknya itu yang diberi nama Bheem Donor, kerbau itu akan muncul sebagai kerbau paling mahal di dunia. Bagaimanapun selepas menjual abang kerbau itu, Yuvi Donor pada harga 860,000 pound (RM4.6 juta), Karamvir terus tidak mahu tergesa-gesa menjual kerbau itu yang mempunyai berat 1,200 kilogram.Kerbau jantan daripada baka ‘Murrah’ mempunyai daging yang banyak, namun harga sebenar haiwan itu dinilai daripada kandungan air mani berkualiti tinggi yang dihasilkannya iaitu berukuran antara empat dan lima mililiter sehari yang mendapat permintaan di seluruh India. “Saya tidak melihat keperluan untuk tergesa-gesa menjual kerbau itu memandangkan saya boleh meraih penapatan lebih 30,000 pound (RM163,071) sebulan dengan hanya menjual air maninya,’’ kata Karamvir. Dia turut meraih pendapatan sama daripada bapa Bheem Donor dan menganggap kerbau itu seperti anak lelakinya’. Satu daripada sebab air mani kerbau daripada keluarga Donor itu terlalu mahal adalah kerana ibu kepada Bheem dan Yuvi menghasilkan sehingga 26 liter susu setiap hari, satu rekod bagi kerbau jenis Murrah. -AP
Related Posts:
Lelaki Rakam Gambar Letusan Lava Gunung Berapi HOLUHRAUN, Iceland – Seorang jurugambar sanggup menggadaikan nyawanya dengan mengambil gambar letusan lava di bahagian sebuah gunung berapi di sini … Read More
Video Ibu Buta Dapat Lihat Bayi Yang Dilahirkannya Jadi Viral Video Ibu Buta Dapat Lihat Bayi Yang Dilahirkannya Jadi Viral | Sebuah video yang menunjukkan seorang ibu buta di Kanada melihat bayi yang baru dila… Read More
Wanita nekad bakar diri sendiri dengan minyak tanah selepas bertengkar dengan suaminya 0Wanita nekad bakar diri sendiri dengan minyak tanah selepas bertengkar dengan suaminya | Akibat gagal mengawal emosi, seorang wanita nekad membakar… Read More
Perogol Bersiri Sasar Wanita Tua BANGKOK – Polis menggiatkan buruan seorang lelaki yang didakwa merogol lapan wanita veteran atau pertengahan umur serta membunuh dua daripadanya dal… Read More
Bandar Diliputi Ais Penduduk di Dudinka terkejut apabila bangun pagi mendapati seluruh bandar diliputi ais yang membeku pada paras pinggang. Kejadian itu berlaku kerana… Read More
0 comments:
Post a Comment