Monday, December 22, 2014
SUAMI KENA SAMAN KERANA ISTERI SOROK CUKAI JALAN
KERANA CEMBURU, ISTERI SOROK CUKAI JALAN DENGAN HARAPAN SUAMI TIDAK MERAYAP MALAM | Seorang isteri bertindak menyembunyikan cukai jalan dan dokumen kenderaan suaminya dipercayai kerana cemburu dan takut suaminya curang. Kejadian yang pelik tapi benar itu didedahkan sendiri oleh lelaki tersebut yang berusia 30 tahun, ketika ditahan dalam satu sekatan jalan raya yang dijalankan di Segamat Johor. Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Supt. Mohd Kamil Sukarmi, lelaki tersebut yang ketika ditahan menunggang motosikal berkata isterinya menyimpan cukai jalan dan dokumennya di dalam almari kemudian bertindak mengunci almari terbabit. Tindakan isterinya itu menyebabkan si suami tidak dapat memperbaharui cukai jalanya dan terpaksa keluar dari rumah tanpa dokumen dan cukai jalan. Menurut penunggang itu juga, dia pernah menyembunyikan cukai jalannya di tempat rahsia tetapi isterinya tetap berjaya mengesan cukai jalannya itu. Si isteri akhirnya bertindak 'merampas' cukai jalan itu sekaligus menghalang si suami memperbaharui cukai jalannya.
Related Posts:
GEMPAR!!! MAUT DI MALAM PERTAMA SELEPAS MENYENTUH ISTERI. PASANGAN BARU BERKAHWIN DI MINTA BERJAGA-JAGA!!! JOHOR BAHRU .. Seorang pemuda yang berusia 21 tahun hanya sempat sehari merasa nikmat pengantin baru. Mangsa di temui maut oleh pasangannya yang jug… Read More
Cerita Sebenar Pengawal Keselamatan Hospital Di Kota Bharu Dibelasah Beramai-Ramai Visual video berdurasi 1minit 26 saat yang memaparkan beberapa orang lelaki memukul seorang pengawal keselamatan hospital di Kota Bahru mula viral h… Read More
Ahmad Maslan Dikutuk Teruk Di Laman Sosial, Rupanya Fitnah?? KUALA LUMPUR, 1 Julai – Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan hari ini menerima banyak pahala daripada netizen yang mengutuk dan mengejeknya … Read More
Rakyat Malaysia Ditahan Di Singapura Kerana Bawa Aksesori Vape? Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menahan seorang rakyat Malaysia dan seorang warga Singapura berhubung rampasan rokok elektronik… Read More
Ayoyo!!!'Wajah-Wajah “Wanted” Oleh PDRM Polis Di Raja Malaysia kelmarin telah mengedarkan wajah-wajah para peserta demo BERSIH 4.0 yang telah memijak dan menghina Perdana Menteri, Datuk Se… Read More
0 comments:
Post a Comment