Sunday, December 28, 2014
Ini reaksi Tony Fernandes atas insiden kehilangan pesawat AirAsia QZ8501
Ini reaksi Tony Fernandes atas insiden kehilangan pesawat AirAsia QZ8501 | “Inilah mimpi paling ngeri saya. Tetapi tiada ada yang terhenti,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dalam akaun Twitternya, pukul 7.06 minit malam ini. Kenyataannya itu merujuk insiden kehilangan pesawat AirAsia QZ8501 yang terputus hubungan dengan Kawalan Trafik Udara (ATC) pukul 6.17 pagi waktu Indonesia ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura. Dalam tweet yang sama, beliau berkata: “Saya amat tersentuh dengan sokongan ramai terutama daripada syarikat penerbangan lain.”
Tiga minit kemudian, Fernandes menghantar satu lagi tweet, kali ini khusus untuk semua staf AirAsia berbunyi: “Kepada semua staf AsiaAsia saya, tabahkan hati teruskan melakukan yang terbaik. Berdoalah bersungguh-sungguh. Teruskan melakukan yang terbaik untuk tetamu-tetamu kita. Sampai jumpa lagi.” Ini diikuti satu lagi tweet beliau juga ditujukan kepada staf AirAsia, dua minit selepas itu: “Saya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (AirAsia) anda akan berada di sana ketika waktu yang sukar ini. Kita akan menempuh keadaan dahsyat ini bersama-sama, dan saya akan cuba menemui seberapa ramai daripada kalian.” - Utusan
Related Posts:
Nyanyian Ibu Awie Yang Terakhir Di Whatsapp Ibu Awie Allahyarhamah Azizah Abd Hamid 75, sempat menyanyikan sebuah lagu di ‘group whatsapp’ sebelum menghembuskan nafas terakhir, pagi semalam. K… Read More
GADIS MENGANDUNG SELEPAS PAKAI SELIMUT ADIK LELAKINYA? Tersebar di internet berita mengenai ,seorang remaja perempuan berusia 17 tahun terkejut apabila diberitahu doktor bahawa dia mengandung semasa dia s… Read More
Anggota Polis Tembak Kepala Sendiri Kerana Masalah Rumahtangga? Labuan – Tertekan dengan masalah rumah tangga, seorang anggota polis bertindak membunuh diri dengan menembak kepalanya menggunakan pistol dalam kejad… Read More
Gambar Shahrukh Khan Cium Mulut Salman Khan Jadi Kontroversi di India Selepas foto Shahrukh Khan dan Salman Khan mencium dahi Arpita Khan menjadi perhatian pihak media dan umum minggu lalu, kini foto panas Shahrukh Khan… Read More
Kucing Berwajah Dua Mati Usia 15 TahunWorcester: Seekor kucing yang dinamakan Frank dan Louie selepas dia dilahirkan dengan dua muka, dua mulut dan tiga mata biru mati pada usia 15 tahun, … Read More
0 comments:
Post a Comment