Sunday, December 21, 2014
PELUK MAYAT ISTERI DUA JAM
Betapa besar kasih sayang seorang suami, hingga sanggup memeluk isterinya selama dua jam biarpun sudah tidak bernyawa lagi. Kejadian menyayat hati berlaku pada Rabu lalu, apabila si isteri tiba-tiba diserang sakit jantung sewaktu dalam perjalanan membeli ubat di sebuah farmasi di daerah Hunnan, China. Polis segera menghubungi suaminya yang dikenali sebagai He, 63, menerusi maklumat pada kad perubatan yang ditemui di poket pakaian. He bergegas ke tempat kejadian, namun segala-galanya sudah terlambat kerana isterinya sudah meninggal dunia. Dek kerana terlalu sedih, dia terus memeluk tubuh kaku wanita itu dan enggan melepaskannya biarpun dipujuk orang ramai yang bimbang dengan kesihatannya berikutan suhu terlalu sejuk pada ketika itu. “Tak mengapa. Saya akan menemaninya dan anak saya sedang dalam perjalanan ke sini,” katanya. He akhirnya meleraikan pelukan selepas anak lelakinya tiba dua jam kemudian, sebelum mereka meninggalkan tempat kejadian dengan sedih. Ramai netizen melahirkan rasa simpati mereka sebaik sahaja gambar pasangan suami-isteri itu tersebar di internet. “Hidup ini terlalu pendek. Semoga kamu berdua bertemu semula pada kehidupan lain kelak,” tulis seorang netizen. Benarlah kata orang, setiap kali anda meninggalkan orang yang disayangi walaupun hanya untuk seketika, ucapkanlah kata-kata indah buatnya kerana ia mungkin yang terakhir.
Related Posts:
Pengguna Jalanraya "Berpesta" Kutip Duit RM7 Juta Bertaburan Atas Jalanraya.. HONG KONG – Puluhan pemandu dan pengguna lebuh raya utama di Gloucester Road seakan berpesta apabila berebut-rebut mengutip duit kertas berjumlah ham… Read More
10 Gambar : Graffi, si Kucing Yang Sentiasa Marah Jika sebelum ini anda selalu melihat gambar Grumpy Cat yang terkenal dengan mukanya sentiasa muram, kini terdapat seekor lagi kucing yang semakin pop… Read More
Lelaki gantung diri selepas bergaduh dengan isteriLelaki gantung diri selepas bergaduh dengan isteri | Seorang lelaki bertindak menggantung diri selepas bergaduh dengan isterinya. Peniaga, Arfandu dil… Read More
Cara paling berkesan tangani bayi merengek dalam pesawat? Cara paling berkesan tangani bayi merengek dalam pesawat? | DUDUK berdekatan dengan bayi yang merengek di dalam pesawat merupakan pengalaman buruk y… Read More
Info Kanser Payudara Untuk Suami – Semua Mesti Baca Entri berkaitan kanser payudara ini ditulis sempena Pink October month dengan kerjasama Pride Foundation. Ya, saya tau entri ni overdue dan sepatutny… Read More
0 comments:
Post a Comment