Friday, December 12, 2014
Pesawat Air Asia Terpaksa Patah Balik Pasangan Buat Huru-Hara
Bangkok, 12 Disember - Sebuah pesawat Air Asia hari ini terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang Don Mueang berikutan tindakan ganas dari dua orang penumpang pesawat yang dalam separuh jalan ke Nanjing, China. Menurut laporan dari seorang pengguna Weibo yang berada di dalam penerbangan tersebut, pesawat terpaksa berpatah balik selepas satu pasangan China mengasari seorang pramugari, mengancam untuk melompat keluar dari kapal terbang dan meletupkan pesawat. Pengguna itu juga menceritakan kejadian bermula dengan seorang wanita berusia 20 tahun dari Nanjing, yang duduk berasingan dari teman lelakinya, mencurahkan air panas kepada seorang pramugari yang menghantar mee segera untuk wanita tersebut. Menurut laporan dari BangkokPost, kejadian berpunca kerana pasangan itu tidak berpuas hati kerana mereka diletakkan ditempat duduk berasingan dalam pesawat itu. Difahamkan pasangan itu adalah dari satu rombongan pelancongan dan bukannya membeli tiket secara persendirian. Oleh kerana itu tempat duduk mereka diatur mengikut abjad. Lebih memburukkan keadaan, teman lelaki wanita berkenaan mengancam untuk meletupkan pesawat manakala wanita terbabit pula mengancam mahu membunuh diri. Pesawat itu terpaksa berpatah balik ke Don Mueang dimana polis menunggu untuk menahan kedua-dua mereka. Bagaimanapun, kedua-duanya tidak mahu keluar dari pesawat tersebut. Mereka akhirnya dikeluarkan dari pesawat tersebut secara paksaan. Gambar kejadian telah dirakamkan oleh penumpang pesawat lain yang dikongsikan di laman web weibo.
Related Posts:
Rozana Mohon Awie Lepaskannya Cara Baik Sayu juga hati kami bila baca kenyataan isteri Awie, Rozana Misbun berkaitan masalah rumahtangga mereka yang masih belum selesai. Walaupun mahkamah… Read More
Status Sedih Diana Rafar Selepas Fail Perceraian Beberapa bulan yang lalu peminat dikejutkan dengan kisah keretakan rumah tangga di antara pelakon Diana Rafar dan Zamarul Hisyam. Semuanya terjawab … Read More
Bikini peserta Miss California tertanggal Tak dapat dibayangkan betapa malunya kalau berada di tempat peserta Miss California, Chanelle Riggan ini! Langkah dan senyuman yang sudah diatur de… Read More
Bekas Isteri Jimmy Shanley Dihukum Penjara 7 Hari SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, sebentar tadi memerintahkan bekas isteri pelakon dan pengacara Jimmy Shanley, Nursuhaila Eliani Suhaimi … Read More
kanak-kanak maut terjatuh tingkat 6 Seorang kanak-kanak maut setelah terjatuh dari tingkat 6. Kejadian dipercayai berlaku di Blok B, Seksyen 8 Kota Damansara. Itu sahaja maklumat yang… Read More
0 comments:
Post a Comment