Sunday, December 28, 2014
Lelaki Dakwa Dikunjungi Makhluk Asing Sebanyak Enam Kali
Lelaki Dakwa Dikunjungi Makhluk Asing Sebanyak - LONDON : Seorang pelukis di sini mendakwa dia telah dikunjungi oleh makhluk asing sebanyak enam kali dalam tempoh 10 tahun yang lalu.
Pelukis itu, Lloyd Canning, 33, berkata, dia pertama kali merakamkan gambar makhluk asing selepas melihat sebuah kapal angkasa besar berlegar-legar di atas keretanya pada tahun 2005.
Bagaimanapun, selepas beberapa hari kejadian tersebut, bapa kepada dua orang anak itu berkata, dia seolah-olah dipaksa melukis imej makhluk asing yang mahu berkomunikasi dengan manusia.
Sejak itu, Canning berkata, dia gemar menghasilkan imej-imej berbentuk makhluk asing dan potret planet, namun merahsiakan kesemua koleksi itu kerana khuatir orang ramai akan mentertawakannya.
“Malah, sejak kejadian itu, saya sering terbayang-bayang imej makhluk asing pada setiap minggu. Apabila keadaan itu berlaku, saya tidak mempunyai pilihan selain terpaksa melukis imej-imej tersebut.
“Saya terpilih mungkin kerana seorang pelukis. Mereka mahu menggunakan saya supaya dapat memberitahu orang ramai mengenai kehadiran mereka menerusi karya lukisan,” jelasnya.
Menceritakan mengenai imej itu, dia berkata, dia pernah melihat satu objek besar tetapi tiada sayap.
“Objek berbentuk bulat itu berterbangan tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Namun, saya tidak nampak seluruh kapal angkasa makhluk asing berkenaan kerana amat besar,” jelasnya.
Bagaimanapun, selepas bertahun-tahun menyimpan kebanyakan karya yang berbentuk makhluk asing, Canning berkata, dia kini bercadang mempamerkan kesemua koleksi yang menyeramkan itu kepada orang ramai. – AGENSI
Related Posts:
REAKSI LUCU DAN MENYENTUH HATI 4 LELAKI YANG CUBA RASAI PENGALAMAN SAKITNYA BERSALIN! REAKSI LUCU DAN MENYENTUH HATI 4 LELAKI YANG CUBA RASAI PENGALAMAN SAKITNYA BERSALIN | 4 lelaki ini ingin tahu bagaimanakah rasanya sakit bersalin. … Read More
Video Punca Fenomena Buih Putih!! Varthur (India) – Fenomena buih putih di sebuah tasik di bandar ini pada minggu lalu dipercayai berpunca daripada air kencing. Selama beberapa hari… Read More
Gagal Tonton TV, Wanita Saman United Airlines RM18juta! NEW JERSEY, Amerika Syarikat – Seorang wanita bertindak menyaman sebuah syarikat penerbangan di sini sebanyak AS$5 juta (RM17.9 juta) gara-gara tida… Read More
(VIDEO) PRANK..WANITA BOG3L SI PEMENGGAL KEPALA! (VIDEO) PRANK..WANITA BOG3L SI PEMENGGAL KEPALA | PASTI anda yang menonton video ini tidak akan memahami sepatah pun perkataan yang mereka cakap. N… Read More
Terbaik!! Motor Hilang 46 Tahun Ditemui Semula NEBRASKA – Apa perasaan anda jika barang yang telah berpuluh tahun hilang ditemui semula ? Hal yang sangat membahagiakan itu dialami seorang lelaki … Read More
0 comments:
Post a Comment