Tuesday, December 16, 2014
Kantoi.. Penjara Diubahsuai Jadi Vila Mewah Untuk Raja D@dah!
Penjarakah Ini..? Antara sel banduan yang diubahsuai jadi kediaman mewah berjaya dibongkar Setiausaha Kehakiman Filipina, Leila de Lima. Penjara terbesar di Filipina, Penjara Bilibid didapati menyimpan rahsia kehidupan mewah beberapa banduan profil tinggi yang sepatutnya jalani kehidupan susah sebagai hukuman. MANILA – Serbuan pasukan komando polis Filipina ke atas penjara terbesar negara itu, Bilibid di bandar raya Muntinlupa dekat sini awal subuh semalam berjaya membongkar kehidupan mewah beberapa raja dadah tempatan yang menjadi banduan di situ. Perkara amat memeranjatkan itu didedahkan Setiausaha Kehakiman Filipina, Leila de Lima sekali gus membuktikan ramai pegawai penjara bersubahat menerima rasuah daripada tahanan terbabit yang menjalani hukuman di penjara berkeluasan 550 hektar itu. Antara ditemui dalam serbuan mengejut itu ialah beberapa bilik kurungan yang langsung diubah suai menjadi seperti vila lengkap dengan 20 pendingin udara, lampu strob dan bola cermin ala disko, bar, jakuzi, anak-anak patung seks serta dadah jenis metamfetamin. “Mereka sepatutnya hidup terkurung seksa dalam bilik tetapi apa yang berlaku, banduan mewah ini menjadi raja pula,” kata de Lima kepada pemberita dan mengesahkan polis juga menjumpai wang tunai 1.4 juta peso (RM110,000) dalam operasi serbuan itu. Turut ditemui ialah sebuah pentas konsert mini lengkap televisyen skrin rata, satu set dram, gitar dan keyboard serta sebuah peti besi rahsia yang mengandungi beberapa utas jam tangan mahal jenama Rolex dan Patek Philippe selain banyak dompet Louis Vuitton. Polis turut menjumpai beberapa bilik mandi dengan dinding dilindungi jubin marmar, pancuran mandi air panas dan sebuah tab mandi dilengkapi televisyen skrin rata manakala sebuah lagi bilik rahsia menyimpan sejumlah jenama minuman keras harga mahal. Penjara Bilibid yang dibuka sejak 1940 sepatutnya menempatkan 8,900 banduan tetapi rekod menunjukkan ia kini dihuni 23,000 tahanan dengan beberapa vila mewah dibina untuk pesalah raja dadah, ketua samseng dan banduan berprofil tinggi. – Agensi
Related Posts:
Waspada Ajaran Sesat Ahmad 100, Ada ‘Pendekar’ Jaga Sekeliling Rumahnya!! Umat Islam diingatkan tidak mudah terpengaruh dengan ajaran-ajaran yang dilihat bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar. Terbaru menjadi isu … Read More
TMJ Titah Turunkan Bendera Jalur Gemilang Serta-Merta Di Seluruh Johor? Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dikhabarkan telah bertitah bahawa semua bendera Jalur Gemilang di negeri itu hendaklah diturunkan se… Read More
Suami T3rlanjur Bersama Janda Bila Berjauhan Dengan Isteri SAYA mohon identiti saya dirahsiakan umum kerana saya tidak mahu mengaibkan sesiapa dalam masalah rumah tangga saya ini. Perkongsian ini sekadar unt… Read More
Ape Nak Jadi!!! Pelajar Lelaki Tumbuk Guru Hingga Berdarah Memang ada kebaikan dan keburukan dalam pelaksanaan larangan merotan murid. Ada masanya guru memberi hukuman rotan tanpa sebab yang cukup munasabah.… Read More
Sebab Itu Anak Orang, Awak Beranilah Pukul Macam Tu!! Kalau budak-budak dalam lingkungan umur tiga hingga empat tahun, apalah yang mereka tahu kalau dimarah seperti kita marah kepada anak kita yang besa… Read More
0 comments:
Post a Comment