Tuesday, December 23, 2014
IS Semakin Kaya Dengan Jual Organ Manusia
Sejak beberapa bulan lalu IS menggunakan khidmat doktor asing untuk mengeluarkan organ manusia bukan saja daripada pejuang mereka yang mati, malah daripada tawanan hidup, termasuk kanak-kanak dari seluruh Iraq dan Syria. Damsyik: Kumpulan Negara Islam (IS) dipercayai meraih keuntungan besar dengan menjual organ manusia dengan hasilnya digunakan untuk membiayai aktiviti keganasan di seluruh Timur Tengah. Kumpulan itu dikesan mendapatkan dana sehingga AS$2 juta (RM7 juta) setahun daripada pelbagai sumber termasuk pengeluaran minyak, pemerdagangan manusia dan penyeludupan d@dah. Perkara itu didedahkan portal berita al-Monitor yang memetik sumbernya sebagai pakar telinga, hidung dan tekak Siruwan al-Mosuli. Menurut Siruwan, pegawai kanan IS melantik doktor asing untuk menjalankan sistem pemerdagangan organ meluas dari sebuah hospital di Mosul yang di bawah pentadbiran IS. Katanya, pulangan perdagangan organ manusia amat menguntungkan. Disebabkan itu, kata Siruwan, IS menubuhkan bahagian khas untuk mengendalikan penyeludupan organ yang bertanggungjawab menjual jantung, hati dan buah pinggang manusia di pasaran gelap antarabangsa. “Saya mengesyaki ada sesuatu tidak kena apabila melihat ramai pakar bedah Arab dan asing diambil bekerja, tetapi dilarang berinteraksi dengan doktor tempatan. Desas-desus kemudian mengatakan mereka terbabit dalam aktiviti penjualan organ. “Pembedahan dilakukan di dalam hospital sebelum organ diperlukan dipindahkan segera melalui rangkaian pemerdangangan manusia,” kata laporan itu. Sementara itu, Assyrian International News Agency melaporkan, kebanyakan organ diseludup keluar dari Syria dan Iraq ke negara jiran seperti Arab Saudi atau Turki untuk dijual kepada kumpulan jenayah yang kemudian mendapatkan pembeli dari seluruh dunia. - Agensi
Related Posts:
Nora Danis Buka Cafe Dan Butik Kami suka mendengar kisah selebriti yang memulakan perniagaan tidak kira kecil atau besar. Tidaklah hanya bergantung kepada pendapatan sebagai seleb… Read More
Sudah Jadi Isteri Orang Pun Nak Jual Badan Sebuah hotel bajet di Jalan Laksamana Chengho, Melaka telah diserbu oleh pihak polis dalam satu serbuan jam 7 malam baru-baru ini. Serbuan yang dila… Read More
Perh!! Ais Krim Berharga RM3,023 DUBAI – Jika anda berasa cukup kaya, barang kali harga ais krim ini menyebabkan anda terkesima untuk mencubanya berbaloi dengan harga jualannya dan … Read More
Kakak artis terkenal dicekup khalwat bersama suami orang Penguatkuasa Jaij sedang mencatat butiran pengenalan diri wanita yang diperiksa. JOHOR BAHRU - Sepasang kekasih dicekup dalam keadaan tidak berpak… Read More
Cristiano Ronaldo dapat hadiah Al-Quran Semakin dekat dirinya dengan Islam, pemain bola sepak termahal di dunia Cristiano Ronaldo mendapat hadiah mushaf Al-Qur’an di Riyadh, Arab Saudi. Bi… Read More
0 comments:
Post a Comment