Friday, October 9, 2015
Inilah Padah Memakai Seluar Ketat sgt!!
Pemakaian seluar ketat sering dianggap mengikut trend. Malah ada juga individu yang gemar memakai seluar ketat kerana ingin kelihatan lebih tinggi dan langsing.
Adakah anda salah seorang penggemar fesyen seluar ketat? Nampak seksi tetapi sebenarnya pemakaian seluar ketat secara kerap boleh menjejaskan kesihatan.
Kajian telah menunjukkan bahawa individu yang gemar memakai seluar ketat berisiko terkena penyakit saraf yang kronik. Penyakit saraf ini dikenali sebagai Meralga Paresthica iaitu sejenis penyakit yang merosakkan saraf. Pesakit yang terkena penyakit saraf ini akan kerap merasa kebas dan sakit di bahagian kaki terutamanya di bahagian peha.
Pemakaian seluar ketat juga boleh menyebabkan Kanser Melanoma, iaitu sejenis kanser kulit yang amat berbahaya. Tanda-tanda awal kanser itu adalah pembentukan tanda hitam pada bahagian kulit.
Kerap memakai seluar ketat juga boleh mengakibatkan penyakit Endometriosis di kalangan wanita. Endometriosis adalah sejenis penyakit yang menyebabkan gangguan kesuburan dan membahayakan rahim wanita.
Padanan seluar ketat dengan kasut tumit tinggi secara kerap dan untuk tempoh yang lama akan merosakkan postur badan. Akibat tekanan, postur badan akan menjadi senget sebelah.
Kaum lelaki yang gemar memakai jeans ketat juga tidak terkecuali dari risiko terhadap kesihatan. Selain menggalakkan pembiakan kulat, lelaki yang gemar memakai seluar jean yang ketat juga berdepan dengan risiko kurang penghasilan sperma.
Sebolehnya elakkan memakai seluar yang ketat. Anda bukan sahaja akan berasa tidak selesa tetapi ia juga menyebabkan darah tidak dapat mengalir dengan lancar dari paras pinggang ke kaki. Jangan kerana terlalu ingin mengikut trend dan ingin kelihatan langsing, kesihatan anda pula yang terjejas.
Related Posts:
Sembang luc@h remaja masa kini “Umi nak berapa jari masuk dalam?” Ya Allah! Tak tau lah apa nak jadi dengan budak remaja zaman sekarang ni. Dah la melayu, sekolah tak habes lagi dah pandai nak bersembang lucah dala… Read More
Jijik! Langgan Pel@cur dengan wang minta sedekah Tak sedar diri! Seorang lelaki yang berusia 70 tahun ditahan pegawai kebajikan di Jakarta kerana menggunakan wang hasil mengemisnya untuk melanggan … Read More
Kantoi!! ‘Kau Rakam Video Aku Mandi Ke?’- Pelajar Perempuan Seorang pelajar perempuan sebuah kolej swasta di ibu negara tidak menyangka aksinya sedang mandi di dalam bilik air dirakam rakan serumahnya di Ta… Read More
Gadis Pijak Patung Hindu di Kecam, Apa Yang Berlaku Kepadanya Selepas Itu Wajar di Jadikan Pengajaran Kepada Kita Semua! Gambar seorang gadis berusia lingkungan 20'an yang memijak patung dewa Hindu ini tersebar di laman sosial sejak semalam. Gambar yang dimuat naik ol… Read More
Lakukan Hubungan S3ks Dengan Anjing Kerana Isteri Seorang lelaki didakwa membuat hubungan s3ks bersama seekor anjing milik isterinya kerana cemburu terhadap perhatian yang diberikan oleh isterinya k… Read More
oo baru tahu pula padah pakai seluar ketat ni.. pasni kena nasihatkan orang rumah jangan pakai ketat-ketat
ReplyDelete