Thursday, December 11, 2014
PENEMUAN YANG MENGEJUTKAN DI BALIK DINDING AYAH
PENEMUAN YANG MENGEJUTKAN DI BALIK DINDING AYAH RAHSIA DI BALIK DINDING AYAH | Florida: Sejak ‘hilang’ empat tahun lalu, tiada sesiapa menyangka seorang remaja sebenarnya hidup terkurung di dalam ruang sempit di sebalik dinding palsu pada almari kain di rumah ayahnya. Remaja yang namanya dirahsiakan itu diselamatkan selepas berjaya memuat turun aplikasi telefon bimbit dan menghantar pesanan kepada ibunya di Florida. Melalui pesanan itu, remaja berusia 13 tahun berkenaan memaklumkan dia dikurung dan didera di rumah ayahnya sendiri di daerah Clayton, Georgia. Polis yang dihubungi kemudian menyiasat rumah terbabit sebelum menemui mangsa disorokkan di bilik khas di dalam garaj bangunan itu. Sumber berkata, mangsa begitu bersyukur diselamatkan dan berulang kali mengucapkan terima kasih kepada polis. Ketika dia dipertemukan dengan ibunya, detik itu ternyata amat menyayat hati apabila remaja terbabit dilihat enggan melepaskan peluk ke atas wanita berkenaan. Pada masa sama, lima penghuni rumah itu - ayah mangsa, ibu tirinya dan tiga juvana - ditahan dan didakwa atas tuduhan mengurung secara salah, menutup perbuatan jenayah dan penderaan. Kehilangan remaja itu diadukan ibunya kepada pihak berkuasa kebajikan kanak-kanak pada 2010. Ketika itu budak terbabit melawat bapanya dan tidak dibenarkan pulang ke rumah ibunya. Bagaimanapun, ibunya tidak pernah menghubungi polis kerana dia pendatang asing dan tidak memahami undang-undang dengan jelas. Namun, sebaik mendapat pesanan ringkas anaknya itu dia terus menelefon talian kecemasan 911. Polis membuat pemeriksaan di lokasi berkenaan pada jam 2 pagi semalam dan menyoal penghuninya sebelum mencari dan menemui mangsa. Keadaan kesihatan remaja itu tidak diketahui. Jurucakap Polis Daerah Clayton, Sarjan Joanne Southerland berkata, apabila tiba di rumah itu, penghuninya menafikan mangsa berada di situ. “Selepas beberapa minit menafikan mereka melakukan sebarang kesalahan termasuk mendera mangsa, kami berjaya menemuinya di dalam almari kain itu,” katanya. - Agensi
Related Posts:
Pekerja KFC Tunjuk Isyarat Lu-cah!! Video seorang pekerja wanita KFC menunjuk isyarat lu-cah tersebar di laman Facebook sejak 14 jam yang lalu dan telah mendapat 2,521 shares di laman … Read More
[Kisah Benar]Pasangan Z1na Mati Dalam Kemalangan Yang Dahsyat Dan Sangat Memalukan Ini merupakan satu kisah benar yang diceritakan oleh seorang ahli bomba dari utara semenanjung.. Sama-sama kita renungi dan hayati kisah ini, jadika… Read More
INILAH KERJA YANG PALING BANYAK MENGUJI N@FSU DAN KEJUJURANINILAH KERJA YANG PALING BANYAK MENGUJI NAFSU DAN | Kami beranggapan ini merupakan kerja yang paling banyak menguji nafsu dan memerlukan kejujuran ya… Read More
Fiza Halim Keguguran' Lepas Hamil Tujuh Minggu Fiza Halim Keguguran Lepas Hamil Tujuh Minggu | Bekas peserta Akademi Fantasia musim kedua, Adam mendedahkan isteri tercintanya iaitu Fiza Halim tel… Read More
Inilah Tulisan Terbesar Di Dunia Yang Dapat Dilihat Dari Angkasa!Di pulau berpasir di Abu Dhabi, Sheikh Hamad bin Hamdan Al Nahyan telah menulis sebuah Grafiti terbesar di dunia yang pernah ada. Hamad, keturunan ke … Read More
0 comments:
Post a Comment