Wednesday, May 6, 2015
Amir (Raja Lawak) Mengamuk Kerana MLM?
PETALING JAYA – Lain yang dikata, lain pula yang dapat. Mungkin sebab itu pelawak Amir (Raja Lawak) mengamuk apabila ada individu yang cuba memperdayakannya dengan tawaran mengacara.
Namun, lain pula yang berlaku apabila Amir berjumpa individu berkenaan untuk mengadakan perbincangan bersama.
Rupanya Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 27, dijemput menjadi ahli skim jualan langsung (MLM) sebuah produk kecantikan.
“Mula-mula individu itu menghantar mesej menerusi WhatsApp bercakap mengenai tawaran mengacara. Dan dia ingin berjumpa dengan saya secepat mungkin.
“Bayangkan saya balik dari penggambaran dengan badan berpeluh-peluh terus berjumpa dengan individu tersebut.
“Apabila melihat dia mengeluarkan fail daripada begnya, saya dah agak ada benda yang tidak kena. Tiba-tiba dia bersama-sama dengan rakannya bercakap cara perniagaan MLM pula. Bengang saya dibuatnya,” katanya.
Lebih membuatkan pelawak itu bertambah geram apabila dia ditegur tidak memberi fokus kepada penerangan yang diberikan kerana sibuk bermain dengan telefon bimbitnya.
“Sepatutnya saya yang marah mereka kerana menipu. Lain pula jadinya, saya yang dimarah kerana tidak memberi fokus terhadap penerangan mereka,” ujarnya.
Tambahnya, mana-mana pihak yang ikhlas menjalankan perniagaan tidak perlu menipu sedemikian sebaliknya perlu bertindak jujur terutama membabitkan orang ramai untuk menyertai mana-mana skim perniagaan.
Related Posts:
Biar betol!! Kim Kardashian Berasmara Dengan Suami 500 Kali Sehari Kim Kardashian Dedah Buat Seks 500 Kali Sehari | PERGHH… Tanpa berselindung mahupun berlapik kisah peribadi bintang sensasi Kim Kardashian dan suami… Read More
4 Gambar Mawar Fareeda Selepas Disihir Orang? Saya tidak kata ya dan tidak kata tidak, mungkin berlaku di luar pengetahuan saya. Setakat ini tiada apa-apa yang pelik berlaku. Saya bukan tak p… Read More
Gambar Diana Danielle Tampil Untuk Cover Majalah Esquire Malaysia hanya memakai Br@ 6 Gambar Diana Danielle Tampil Seksi Untuk Majalah Esquire Malaysia.. Majalah Esquire telah menampilkan Diana Danielle sebagai cover girl bagi isu b… Read More
KECOH!! Datin Eina Azman Ditendang Dan Dipukul? Panass isu nie.Biar betul..Punyalah manja dan cantik Datin Eina takkan ada yang sanggup pukul dan tendang.. Bagaimanapun, menerusi laman Instagramn… Read More
Gambar Kakak Dafi Berciium Dalam Air Sambil Pegang @nu Kekasih?? Selebriti dan percutian sememangnya tak dapat dipisahkan. Yelahkan, bersuamikan seorang pereka fesyen terkemuka, Nina Ismail Sabri yang juga kakak k… Read More
0 comments:
Post a Comment