Saturday, May 2, 2015

[Gambar] Lelaki Yang Lebih Cantik Daripada Wanita!!

Memang pelik tapi benar! Lelaki transeksual memang sudah jadi trend seluruh dunia. Lebih-lebih lagi mereka sudah mula memberanikan diri untuk terjun ke dunia peragaan. Kalau wanita melihat mereka pun mesti terus cemburu dengan kulit mereka yang mulus dan bentuk badan yang superb! Lelaki tulen pun susah nak membezakan rasanya. 1. Andrej Pejic
Andrej Pejic merupakan model kacukan Australia dan Serbian. Paling istimewa, dia mampu menjadi model untuk kedua-dua jantina lelaki dan wanita seperti yang dilakukannya pada Januari 2011. Kini, dia menduduki tangga ke 18 untuk model.com dan antara barisan 50 model lelaki paling top. 2. Lea Tea
Lea Tea atau Lea T. merupakan seorang model kacukan Brazil. Dia dilahirkan di Leandro Cerezo pada 1981. Dikhabarkan, dia menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand pada Mac 2012. Kini, dia gah menjadi seorang ikon fesyen dalam industri peragaan. 3. Claudia Charries
Mesti wanita cemburu dengan bentuk badan Cladia Charriez yang katanya sudah berjaya ke pusingan separuh akhir pada “Next Top Model Amerika” pada tahun 2006 dan The Janice Dickninson Modeling Agency TV. Namun dia tersingkir akibat hilang kelayakan kerana dia seorang lelaki. Malah, dia pernah terpalit dengan kontroversi apabila dipukul oleh ahli bomba NYC Taylor Murphy pada 2011. Dia juga pernah memenangi Amerika Next Top Transsexual Model. 4. Isis king
Isis King di lahirkan pada 1985, dan kini dia berumur 29tahun dan pernah muncul dalam rancangan realiti Amerika Next Top Model. Dia mula mengambil terapi hormon pertukaran jantina pada 2007. Pada usia 23 dia menjalani pembedahan seksual, dan setahun kemudian telah menjalani pembedahan pembesaran payudara. 5. Florencia De La V
mula hidup sebagai Nama sebenar Florencia De La V adalah Roberto Carlos Trinidad dan dilahirkan pada 1976. Atas keputusan mahkamah pada 2012, dia berjaya menukar status jantinanya kepada perempuan. Dia kini banyak membintangi soap opera, majalah, di kelab-kelab. 6. Sirapassorn Atthayakorn
Sirapassorn atau nama comelnya, sammy, merupakan salah satu wanita transgender yang cantik yang berasal daripada Thailand. Dia pernah memenangi ratu International Queen pada 2011. 7. Nong Poy
Sekali imbas, wajahnya seperti Agnes Monica kan? Nama sebenarnya adalah Saknarin Marnyaporn berasal daripada Thailand dan di lahirkan pada 5 Oktober 1986. Dia menjalani pembedahan bertukar jantina pada usia 17 tahun dan pernah memenangi Miss Tiffany 2004 dan Miss International Queen 2004. Jadi, macam mana? Yang lelaki mesti tak percaya kan? Yang perempuan pula jangan cemburu kalau mereka lebih cantik dari anda!

0 comments:

Post a Comment

loading...

Popular Posts

Recent Posts

Blog Archive

Powered by Blogger.