Friday, May 1, 2015

Jawapan Dr MAZA Mengenai Isu Keharusan Suami R0g0l Isteri?

Isu r0g0l suami isteri dibangkitkan oleh sesetengah pihak dan beberapa media. Di sini, saya ingin mengulas seperti berikut; 1. Islam mewajibkan suami menunaikan kehendak se-ks isteri. Suami yang enggan menggauli ataupun melakukan hubungan se-ks dengan isterinya tanpa sebab yang sah telah melakukan dosa kecuaian tanggungjawab sebagai suami. 2. Demikian juga isteri yang enggan melakukan hubungan se-ks dengan suaminya tanpa sebab yang boleh diterima maka ia merupakan satu dosa. 3. Pun begitu, hubungan se-ks suami dan isteri hendaklah berlaku dalam keadaan yang harmoni dan tidak menyakiti antara satu sama lain. Ini memenuhi perintah al-Quran: (maksudnya) "Kamu semua bergaullah dengan mereka (isteri-isteri) secara baik" (Surah al-Nisa: 19). 4. Maka, hubungan se-ks secara kasar dan menyakitkan antara satu sama lain adalah dilarang di dalam Islam. Untuk itu semua pasangan hendaklah mencari cara se-ks yang terbaik yang memenuhi naluri keinsanan kedua pihak. 5 Para sarjana ketika berbincang hukum 'azal (suami mencabut za-kar dari fa-raj isteri sebelum keluar air ma-ni untuk mengelakkan hamil) menyatakan bahawa walaupun perbuatan itu dibenarkan dalam hadis, namun hendak mendapatkan persepakatan dari isteri kerana bimbang isteri tidak sempat menikmati persetu-buhan. Ini menunjukkan persetubuhan secara paksa dan kasar yang satu pihak tidak menikmati sudah tentu dilarang dalam hubungan rumahtangga. 5. Isteri berhak menghalang suami menyetu-buhinya jika suami itu boleh memberikan mudarat kepadanya seperti suami yang pengidap aids dan penyakit -penyakit lain yang boleh membahayakan isteri. Ini jelas dalam pelbagai dalil syarak. 6. Isteri juga boleh menghalang suami menyetu-buhinya jika suami gagal menunaikan tanggungjawab sebagai suami seperti tidak memberikan nafkah kepadanya. 7. Hubungan suami isteri dalam Islam dibina di atas mawaddah wa rahmah (cinta dan kasih) seperti yang disebut dalam Surah al-Ruum ayat 21. Maka semua hadis berkaitan suami dan isteri hendaklah ditafsirkan dalam konteks dan panorama cinta dan kasih. Mana-mana tafsiran yang tidak berlatarkan konsep ini maka akan membawa maksud yang salah faham terhadap maksud hadis-hadis Nabi s.a.w tentang hubungan rumahtangga.

0 comments:

Post a Comment

loading...

Popular Posts

Recent Posts

Blog Archive

Powered by Blogger.