Saturday, May 9, 2015
Video Punca Fenomena Buih Putih!!
Varthur (India) – Fenomena buih putih di sebuah tasik di bandar ini pada minggu lalu dipercayai berpunca daripada air kencing.
Selama beberapa hari, buih putih memenuhi sungai yang mengalir ke tasik Varthur yang menjadi punca bekalan air di bandar itu.
Buih putih itu terbentuk terlalu banyak sehingga melimpah ke jalan raya.
Pada mulanya pihak berkuasa menyangka buih putih berkenaan terbentuk akibat buangan cecair pencuci ke dalam sungai.
Bagaimanapun, kajian mendapati buih itu berpunca daripada sisa buangan manusia termasuk air kencing yang tidak dirawat.
Pada setiap hari lebih 500 juta liter sisa kumbahan yang tidak dirawat dari kediaman penduduk dan kilang dialirkan ke dalam sungai yang bersambung dengan tasik itu.
Pengerusi jawatankuasa kawalan pencemaran Varthur, Dr Vaman Acharya berkata, pencemaran itu bukan sahaja mengeluarkan bau busuk tetapi meningkatkan risiko penyakit.
Katanya, kajian mendapati semakin ramai penduduk di sekitar tasik itu dikesan menghidap penyakit berkaitan buah pinggang dan kanser.
“Kami memerlukan masa selama setahun untuk membersihkan tasik ini,” katanya. – Agensi
Related Posts:
Pekerja Rumah Mayat Lakukan S@ks Dengan Mayat ACCRA – Seorang pekerja sebuah rumah mayat di Ghana membuat pengakuan mengejutkan dalam satu rancangan yang disiarkan secara langsung di sebuah stes… Read More
Lagi Pelancong Bog@l Di Pulau Sulug Kota Kinabalu: Beberapa pengunjung yang mengunjungi pusat peranginan dipercayai di Pulau Sulug, terkejut apabila menyedari gelagat dua gadis warga a… Read More
Gila! Sami Ini Hidup Dengan Makan Daging Manusia Memakan daging manusia, minum menggunakan tengkorak dan tinggal bersama mayat, menyebabkan satu puak sami ini sangat digeruni penduduk di India. Sa… Read More
SEGERA! Gadis Sedang Mencari Jodoh Di FB Diperlukan (RM160,000)Bagaimana jika anda melihat foto seorang gadis cantik di laman sosial yang dikatakan sedang mencari pasangan hidup termasuk penjelasan berkenaan nilai… Read More
Pelik!! Awek Cun Ini Selamba Beli Handphone Tanpa Seurat Benang Berita ini bukan bermaksud p@rnografi, namun sebagai bahan renungan bahawa kita hidup dalam dunia yang sudah rosak teruk, yang sukar untuk dikembali… Read More
0 comments:
Post a Comment